Life In UiTM Raub

(updated on june 2019)
Alhamdulillah dah nak habis dua semester dekat UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub.. 
tak percaya dah nak setahun berlalu sesi interim dan MDS hahahah.. Masa mula-mula dapat offer dari UiTM memang rasa berat nk pergi sebab time tu dah seronok dengan form 6.. kawan-kawan baru semua best.. lepastu satu lagi aku kecewa sebab tak dapat UIA :') (ni laa dia orang tak sedar diri dah tau results ke laut nak berharap jugak).. Tapi lepas nampak ayah ibu yang  beria settle kan borang apa semua, kita pun takkan nak menghampakan hati diorang kan?

(update :- i got the 3rd intake for asasi in uia but my parents did not allow me to go sebab dah nak habis sem 1 time tu huhu)



So on 15th July 2018 kita pun bertolak ke Raub..  First impression..... wait.. ni sekolah ke uni? hhahahahah. masyaallah gaiz kampus dalam hutan hahahahah dalam felda to be very specific.. Dari bentong pun dah ambik sejam lebih untuk masuk raub..  tapi the best part is kampus kitorang kampus baru.. dannnnn kampus paling kecik untuk UiTM (i think so)... so memang best laa kan dapat kolej macam apartment.. satu rumah 4 bilik, 1 bilik 2 orang.. toilet semua dalam rumah, satu shower and paip kecik tu, 3 toilet dan shower.. ada ruang tamu, even ada tempat sidai kain dalam rumah.. washing machine ada kat level bawah.. mula-mula kenal housemate terus boleh ngam sebab mak ayah masing2 tinggalkan awal :(  since aku ni friendly yaa amat, aku la orang first approach semua orang heheheh

aku taknak cerita pasal MDS sebab bosan.. tapi MDS 4 hari je, lagi 3 minggu tu interim which korang akan diperkenalkan pasal kampus etc.. (MDS = minggu destini siswa)

kat kampus raub ni ade 3 fakulti which are fakulti aku, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Pengajian Perniagaan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik.. Ada 5 course iaitu diploma pentadbiran awam, dip sains komputer, dip statistik, dip in business, dip banking.. semua diploma je kat sini.. kepada yang berangan nak merasa bangunan fakulti sendiri tu, kat sini kitorang ada blok akademik je tau  heheh sebab orangnya sikit so buat apa bangunan banyak2..

haa ni laa dia dua blok akademik yang kiri blok cendekiawan, yang kanan blok sarjana
(gambar ni i capture sendiri eh without any filter #langitraub)
ni pandangan hadapan hee 

ouh lupa nak cakap.. aku ambik course Diploma Pentadbiran Awam or we called as DPA.. course kitorang akan belajar pasal public administration, management, maths, computer science, account and the best part is law plus banyak lagi subjects.. course ni sebenarnya mendidik kami semua untuk menjadi seorang penjawat awam nanti bila dah grad.. tapi kalau korang nak jadi lawyer tapi tak dapat asasi law, ni pun salah satu jalan korang.. or maybe boleh sambung psychology or anything except for pure science, engine,architecture lah macam medic ke dentistry ke haa kau melampau sangat tu.. course ni memang banyak belajar pasal negara.. undang-undang negara, apa yang terjadi kat negara ni.. level2 pentadbiran negara kita, cara2 nak buat policy haa senang cite kalau korang minat pasal benda2 yang aku sebut tu, memang best la life korang.. plus kena banyak hafal esp time nak test and final.. kena prepare dari awal and faham apa yang korang belajar tu..

apa aku nak cakap kat sini, esp untuk korang yang nak isi upu nanti, pilih laa course yang betul2 korang minat and ikut la achievment korang dalam spm nnt.. jangan sesekali pilih apa yg korang xnak dalam lapan2 pilihan tu.. ataupun ikut cakap mak bapak ..nak belajar tu korang..yang nak struggle stay up menghafal pun korang..sebab kita taktahu pilihan yang mana akan sangkut dengan kita..maybe pilihan yang last tu yg kau dapat.. macam aku, ni pilihan ke lima..nak kata tak minat tu tak la tapi kadang2 tu ada la rasa menyesal.. tapi okay je bila dah belajar.. semuanya atas diri sendiri and just go with the flow..

kelas aku tak ramai.. ada 28 orang tak silap.. 5 je lelaki.. so sad .. mula2 dulu tengok kelas tu aku rasa macam perghh boleh ke aku degan dorang ni.. masing2 nampak hebat gila.. background semua memang gempak la.. dengan dari sekolah yang memang tak payah cerita kehebatan dia, family lagi.. memang insecure habis... tapi bila dah lama-lama tu alhamdulillah so far okay je semuaa

pasal kelas pulak, so far my classes aren't too pack.. ada hari yang 2 kelas,ada hari yang 3 kelas.. depends la.. satu kelas 2 jam..ada je housemates yang satu hari 4 kelas.. kitorang wajib ambik koko or kitorang panggil kor sampai part 3 (read as sem 3).. masa part 1 dulu aku kesatria, naik part 2 aku tukar gamelan huehuehue

bandar raub jauh dia 5 km dari kampus.. kitorang ada van uitm yang akan hantar kitorang keluar.. kena bayar laa ofc.. ikut jarak nak pegi mana.. start from rm1 - rm 2.50.. grab takde.. tapi my car ada tapi susah laa nak dapat..mungkin sebab dia taknak jejaskan pakcik2 teksi kat sana.. dekat bandar ada banyak kedai makan..ada western food, kedai tomyam, kfc,pizza hut, dominos,sushi king, secret recipe, kedai ice cream.. karaoke pun ada.. pastu kalau stok barang habis, beli la kat TMG or TF Mart.. takde laa kata raub tu takde apa langsung cuma xde mall laa.. ada je sungai, homestay best2 cuma takde masa lagi utk pergi.. takpe ada dua tahun setengah kat sana.. insyaallah akan pergi jugak..  Raub dekat dengan cameron highlands, fraser hill, genting.. so kalau weekend tu ramai je yang naik genting.. tapi aku lebih pilih untuk balik kalau weekend tu free.. sebab tak jauh mana dalam dua jam/ satu jam setengah cemtu je sampai stesen bas pekeliling pastu naik lrt sampai tbs and tukar ktm sampai serdang.. dekat je kan? tiket bas raub-pekeliling pun rm9 je total balik tak sampai rm 15...

boleh dikatakan life aku kat uni setakat ni ok la, dengan kampus yang selesa, facilities yang lengkap, kampus pulak,kalau dah start musim hujan tu memang sejuk.tapi kalau paas tu,panas betul laa , lecturer pun seronok.."maka nikmat tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?" eheee dapat jumpa orang baru, perangai baru dan dapat mematangkan aku dari pelbagai aspek alhamdulillah..

pasal surrounding pulak hmm biasa la kat mana2 pun kita akan jumpa toxic people, kat tempat kerja nanti lagi ramai.. apa yang perlu kita buat? abaikan je diorang, focus dekat life kita and be good to everyone, insyaallah they will be good to us..

one more thing, kadang-kadang apa yang kita nak tu tak semestinya yang terbaik untuk kita.. takde siapa yang boleh buat diri kita bangkit kalau bukan diri kita sendiri.. kalau kita rasa apa yang kita dapat sekarang ni bukan kehendak kita, cuba kita tengok balik hikmah di sebalik benda-2 ni berlaku.. jangan pernah kita dengki dengan pencapaian orang lain terutamanya kawan-2 kita.. kalau diorang happy, apa salahnya kita happy dengan kejayaan diorang kan? kita dengan kehidupan kita.... kita buat yang terbaik atas jalan kita yang Allah bagi ni.. mungkin ini yang terbaik untuk kita.. belajar la untuk ikhlas okay?? 

xoxo 💓

a few pictures.....



MDS









Ni first dayy kat Raub, now lain sikit nnt kita upload ig



kolej


                                                


                                    





Comments

Popular posts from this blog

Bukittinggi,Indonesia

2020 Life Update and Future Plans

Perlis-Hatyai-Krabi