Bukittinggi,Indonesia

Assalamualaikum guys finally wujudnya kerajinan nak update cerita baru hahhahaha since malas gilaa nak type lately... So yaa it's about a short vacation at Bukittinggi, Indonesia.. lepass setahun takde #hannaonvacay (ini semua angkara spm 😒) This isn't the first time aku pergi sana sebab before this pernah pergi.. Tapi sebab ibu and along nak shopping kain and ayah pun suka datang sini sebab katayaa macam balik kampung jadi kita pun on kan je lah..... Kalini aku pergi dengan family pak anjang aku, family kawan ibu and ade sorang kawan along join.. meriah gituwww

Kitorang naik flight air asiaa, macam biasa lah kalau nak tiket murah,kena laa booked tiket likee a year before..  Dari KLIA2 nak ke airport Padang dalam lebih kurang 45 minit.. kita ni dipisahkan dengan selat melaka je, agaknya kalau selat melaka tu kecik, ramai yang berenang ke seberang 😂


Safely arrived in Padang, Indonesia 
Dari padang nak ke Bukittinggi, kita kena tempuh perjalanan lebih kurang 1 or 2 jam.... Kira macam dari klia tu nak naik cameron laa tu pun macam lama sangat... Sampai sana dah petang, terus dinner and continue the journey naik Bukittinggi.. Sampai je sana, tour guide terus bawak pergi kedai kain hahahhah dah malam pun kedai kain bukak lagi so sadd orang dah penat, mak-2 ni shopping pulak.. Lepastu terus check in hotell yeayy 👻 *hotel ade wifii best siaa*

Second day kat sana kita mulakan dengan breakast lah .. breakfast kitorang disediakan oleh pihak hotel sendiri..memang super sedap masakan dia (since taste kita dengan diorang pun lebih kurang so xde masalah sangat laa bab makan2 ni) kitorang tidur dekat BAMBOOSA HOTEL.. dia macam homestay ,setiap bilik untuk dua orang and ade bilik air..ade bilik yg katil single,ade bilik yang katil queen..pemandangan hotel tu pun cantik sangat macam kat Europe.. cuaca kat sana pun sejuk sebab dia atas bukit...

lawa kannn
kita meneruskan perjalanan ke ke Lake Singkarak iaitu tasik kedua terbesar di Asia Tenggara after Danau Toba... Tasik dia serious besar weih macam laut.. aku ni dah laa penakut tengok air yang tenang ni pastu kabus kat situ pun tebal.. ade gunung kat tasik tu  tapi tak nampak sangat kalau dalam gambar.. kitorang berhenti ambik gambar,minum2 je kat situ sebab xde apa sangat kat situ and jauhh sangat perjalanan nak pergi situ.. dalam half an hour kott from hotel



lepastu kita pergi Istana Basa Pagaruyung.. istana ni besarr and tinggi... dalam dia xde apa sangat..
okay sebenarnya ,culture dekat Bukittinggi ni sangat similar dengan culture dekat Negeri Sembilan sebab zaman dulu2, ramai orang2 Bukittinggi ni berhijrah kat N9, banyak jugak nama tempat kat N9 yang lebih kurang dengan kat sini and kawasan dia pun lebih kurang macam kat Kuala Pilah semuaa tu... diorang pun guna adat perpatih sama macam dekat N9.. kat istana ni boleh laa try pakai costume minangkabau untuk ambik gambar..tak ingat berapa harga dia maybe 200 ribu rupiah kott...aku takpakai sebab masa pergi yg dulu tu dh pakai rse membazir pulak


lepastu tour guide bawak pergi minum kopi dekat kiniko cafe.... since aku xsuka coffee and pemandangan kat situ cantik, kita tak layan laa kopi tu..ambik gambar jeee hahahahha



 Hari ketiga dekat sana, kita mulakan dengan shopping... dekat sini kalau nak raya tu kann, memang seronok laa nak shopping kain.. allahuu banyak betul kedai kain esp yang kain sulam dan kain songket.. lepastu yang paling aku suka kat sini dia punya seluar yang made from kain batik tu..sumpah selesa untuk pakaii.. tudung bawal yang handmade pun banyak... bergembiralah mak2 ni shopping hahahah while kitorang yang anak2 ni setiap kedai cari wifii huhu.. memandangkan hari ketiga ni cuaca dia baik, jadi tour guide kitorang bawak kitorang pergi ke Danau Maninjau.. danau maninjau ni terhasil dari letupan gunung berapi.. untuk tengok pemandangan dia yang super cantik tu, kita kena naik dekat puncak yang paling tinggi.. tapi view dia subhanallah memang cantik kira worth it ah lepastu sejukk jee atas tu.. lepastuu pergi jam gadang..Jam Gadang ni tempat shopping je and naik kuda pusing2 pekan tu


Breakfast







jam gadang

Hari keempat tak banyak aktiviti sangatt..macam biasa shopping duluuu lepastu pegi makan dekat tempat ni tak ingat ape nama dia tapi makanan kat situ semua berasaskan jagung.. sedappp ilerr.. then teruskan perjalanan ke Lembah Harau..air terjun ni kalau mandi best doo tapi xboleh mandi hahahah..lepastu pergi Lobang Jepang.. shopping lagi haihh habis duitt hahahahha sampai sana dah maghrib angin pun kuat sangat so tak lama kat situ... lobang jepang ni kubu pertahanan masa zaman jepun dulu boleh laa masuk bawah tu..tapi dulu dah masuk,xnak masuk dah



Semua Jagungg nyumsyyy







Hari kelimaa balikk dahhh huhuhu dari bukittinggi turun ke padang.. lunch and check in naik kapal terbang... 


Gambar last before balik




Okayy tu jee cerita kalini.. insyaallah ade lagi #hannaonvacay tahun ni... serabut sikit blog kalini sebab curi2 masa je buat.. life's getting busier cehhh.. thanks bacaaa *hug and kiss*








Comments

Popular posts from this blog

2020 Life Update and Future Plans

Perlis-Hatyai-Krabi