2020 Life Update and Future Plans

anggaplah korang baca entry kalini untuk menghilangkan bosan sepanjang Restrict Movement Order (rmo) bersempena Covid-19 ni kah 😂

Assalamualaikum everyone.. masyaallah last update was in 2018! apa la yang malas sangat nak menulis kan hahah banyak gila cerita yang tak habis dekat draft tu ha last2 delete je huhu.. okay since lama sangat dah tak menulis, storyline confirm tak kemas jadi maafkan saya kalau berterabur.. i akan try buat blog ni fresh sikit since dah besar kan taknak cakap macam kanak-kanak sekolah lagi and im gonna use "I" untuk kata ganti nama diri sebab taktauuuu la dah terguna dekat uni centu halah nak guna saya macam nerd je dalam ni.. nak guna aku macam rude so let me just use an I OKIE? Semalam I ada buat suggestion dekat ig I apa yang I patut tulis untuk entry kalini sebab as you guys know (yang memang dah lama kenal I) blog ni memang I saja buat untuk isi masa lapang and bila I bosan cause im an extrovert so bila tak dapat bercakap, I membebel dengan menulis blog hahah ada yang bagi suggestion buat pasal my life update, future, love life etc.. Jadi untuk kalini I nak combine pasal my life update and my future plans Insyaallah..

let's start with life update first.. alhamdulillah im currently in the 4th semester of diploma, tinggal satu sem je lagi nak habis (doakan tak extend sem la sebab covid ni) insyaallah i akan habis in the middle of January 2021.. currently i rasa macam nothing much happened in my life.. sama je macam orang lain, busy study cuma i rasa sedikit stress la lepas masuk part 4 ni sebab entahla banyak sangat drama sepanjang i study ni.. mostly pasal kawan la, pasal group assignment.. normal la kot life student kan? ke I je yang tak normal hahah.. dekat Raub i join satu kelab ni which is Kelab Debat dan Pidato dan I adalah Setiausaha 2 untuk kelab tu.. masa mula-mula dapat jawatan i memang rasa susah gila nak balance between academic and tanggungjawab dekat kelab tapi I slowly belajar  and adapt dengan situasi tu.. mula-mula masuk kelab tu i tak pernah expect pun yang i akan ada jawatan sebab kelab tu kelab yang boleh dikatakan popular dekat kampus and ramai je lagi yang layak.. tapi alhamdulillah antara ramai-ramai tu senior nampak I boleh buat kerja kot? and I hope I tak buat diorang menyesal pilih I jadi one of Majlis Tertinggi kelab tu sebab I ni buat kerja takde la perform mana but I always try to improve my work..

lepas dah masuk umur 20 ni, i taktau la faktor meningkatnya usia ke apa kan tapi i ada satu perasaan yang I belum cukup bagus untuk bersaing dekat dunia luar.. i rasa i lack of knowledge, lack of soft skills banyak la yang kurang senang cerita dia kan.. i rasa insecure dengan kawan-kawan i yang currently tengah ambik degree, dekat universiti yang besar (i tak kata uitm tak hebat kay #uitmdihatiku) i sangat-sangat nak improve diri i untuk jadi yang lebih baik.. for now apa yang i tengah cuba buat adalah i banyak membaca buku ilmiah especially yang related dengan apa yang i tengah belajar, english novels untuk tambahkan vocab and youtube pasal grammar semua, banyak ambik tau isu semasa and banyak membaca pasal pengetahuan am sebab i rasa tak banyak golongan belia yang aware pasal benda2 macam ni.. cehh cakap macam ahli politik kauuu hahaha lepastu satu lagi benda yang i selalu rasa lately adalah takutnya nak mati.. malam-malam sebelum tidur i selalu terbayang malam pertama lepas mati tu.. ready ke i nak hadap semua tu? menyesal tak dengan kehidupan kat dunia ni? entah la i ni overthink teruk jugak tapi tak salah kot fikir pasal dosa kita and mati ..

done with life update, jom kita cerita pasal future plans pulak.. okay since i tinggal satu sem setengah je lagi nak habis, i tengah confuse fikir course apa yang nak ambik for degree nanti.. for those yang taktau, i sekarang ni ambik course Diploma in public administration atau dalam bahasa melayunya, diploma pentadbiran awam.. course apa tu???? i ringkas kan as DPA okay? DPA  ni career path dia esp lepas degree adalah untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) tau tak PTD tu apa? PTD ni kerja govt la senang cerita tapi yang pangkat tinggi2 tu  yang korang boleh mintak cop disahkan benar tu hahahah.. dalam course ni kitorang belajar politics, law, public policy, accounting,economy haa semua laaa kitorang belajar.. ramai kata course ni senang dapat kerja tapi entahla tak tengok pulak statistik keboleh pasaran dia I pilih pun sebab taktau nak isi apa hahaha tapi okay la dia interesting kena la dengan minat I jugak..

banyak course yang kitorang boleh pilih untuk degree nanti.. majority nya akan pilih untuk sambung course dalam fakulti yang sama sebab akan memendekkan tempoh degree kalau ambik course yg sama fakulti ni... course yang ada for degree dalam fakulti kitorang adalah  Bachelor of corporate admin, bachelor of administrative science, satu lagi lupa apa tah namanya.. jadi kalau ambik salah satu daripada 3 course ni degree korang singkat la dari 4 tahun jadi 2 ke 2.5 tahun centu la.. tu first option, second option yg popular adalah ambik law dekat uitm or mana2 uni lain.. sebab ada beberapa kod law yg kitorang belajar so boleh la transfer credit nanti but still 4 tahun degree.. another option is political science, human resource or apa2 la course yang related dengan DPA ni semua bergantung dekat uni mana yang korang apply and berapa transfer credit yg dorang bagi.. ada yang sama je 4 tahun degree and yang 3 tahun it depends on the uni yg korang nak apply nanti apa2 pun baca dulu syarat dan kelayakkannya !

kalau i.. emm i still taktau nak pilih apa tapi my first option will be political science kot sebab interested dekat yang tu and setakat 3 sem ni, subject politics memang paling perform hopefully sampai habis la centu kann.. masih mencari uni yang ada course ni dalam dan luar negara sebab uitm takde.. so far i rasa macam nak apply dekat ukm and uia kalau local uni kalau luar i masih cari uni and scholar.. and i kena banyak tanya orang lain yg lebih berpengalaman pasal tukar uni ni.. my second option is admin science.. ni sebab singkat masa belajar dia boleh kerja cepat and kawin cepat ehhhhhhh... haha and my last option is law..... emm ni entah la nak tu memang la nak tapi dia punya susah tu Allah je la tau.. semua ni bergantung dekat cgpa i habis diploma nanti and also muet i .. kalau okay, i proceed dengan whatever rezeki and jalan yang Allah dah tentukan untuk i.. cuma tu lah i berat sikit nak accept kalau dapat second option tu sebab entah la i taknak hadap muka sama and masalah sama degree nanti.. sebabnya mostly kitorang akan diletakkan dekat kampus yang sama waktu degree contohnya uitm seremban..obviously ramai gila muka sama i jumpa...

after few big things yang jadi dalam hidup i, i rasa the only thing yang i boleh buat is redha and terima je apa-apa pun... kalau ada masalah dulu, i selalu persoalkan kenapa masalah ni jadi dekat i..kalau i takdapat apa yang i nak, yang i memang doa.. i selalu rasa kenapa orang lain dapat benda yang dorang nak tapi i tak dapat.. tapi lama2 bila i fikir balik... semua yang jadi dulu, menjadikan siapa i yang sekarang..  apa yang i dapat sekarang, mungkin lebih baik dari apa yang i tak dapat dulu walaupun i tak suka.. and satu lagi , ni i baru la nak praktikkan dalam hidup.. you buat baik dengan orang, ramai yang akan buat baik dengan you insyaallah yang penting, apa pun orang cakap pasal kita, kita kena jadi diri sendiri and be the best version of yourself :) and of course jangan lupa doakan orang yang ada dekat sekeliling kita.. mak ayah kita, adik beradik,kawan-kawan kita yang baik ke yg toxic ke sebab kalau takde diorang dalam hidup kita,kita bukan lah kita yang sekarang.. 

stay safe everyone 💞

Comments

Popular posts from this blog

Bukittinggi,Indonesia

Perlis-Hatyai-Krabi